Salam. sapertia biasa aku masih tegak berdiri menghadap kubur tapi kaki melekat dilantai masjid makmuriah sg besar. Waktu asar dibalik cermin masih kelihatan kawasan kubur walau cermin hitam gelap tingkap masjid yang telah diubahsuai entah berapa kali. Mataku meryau sekitar kawasan kubur yang seluas enam ekar. Fikiranku mula melangkah jauh mengenangkan penghuninya yang mulanya dibalut kain kapan. Apa yang difikirkan ialah mereka ini sudah tidak ada kesempatan lagi untuk berbuat sasuatu kecuali amalan baik dan harta waqof yang disumbangkan ketika masih hidup dan mampu melaksanakan sasuatu tinggalan yang kekal. Alangkah beruntungnya menjadi orang yang ketika hidupnya menjadi manafaaat pada orang lain.
Jadi sekarang mari kita hitung berapa banyak yang kita sumbangkan tenaga dan ringgit kita laburkan pada jalan Allah? dilaburkan untuk manafaat masyarakat? terlalu berkirakah kita? pada hal Tuhan telah berjanji Allah akan ganti yang lebih besar dari sumbangan anda atau sedaqoh.
Atau tidak percaya lalu berat hati dan berat tangan. Kalau kurang yakin bermakna kurang iman?
Mentelah masih hidup inilah berbuat sasuatu sumbangan kerana Allah. Jangan terlalu berharap yang anak-anak akan memberi atas nama kita. Belum tentu.
Melihat tanah perkuburan hati sering teringat alangkah sepinya tinggal di dalam kesaorangan tanpa sedikit pun kesempatan lagi dah untuk kembali berbuat kebajikan yang dirasakan sedikit ni. Padahal ketika umur 60 tahun ni entah berapa juta minit kesempatan diberi olih Allah. Masih sibuk mengejar sasuatu yang belum pasti dan meninggalkan sasuatu yang pasti.
Kenapa ya orang lebih suka pada sasuatu yang belum pasti dapat dimasa yang sama menininggalkan benda yang pasti saperti yang dijanjikan olih Allah langsung tidak dihiraukan saperti tidak percaya atau lain kata tidak beriman.
Kita hanya pandai berkata dan menulis saja tapi mana pelaksanaannya? hei tak takut kalau ditanya nanti. Peguam agong pun tak mampu nak jawab. Allahuakbar. subhanallahalazim. Imam "roko"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan