Hari ini jam satu aku berada dimasjid untuk menghadiri dan menegakkan solat jumaat berjamaah pastinya. Ketika aku tegak berdiri solat tahyatal masjid mataku terpelanting kearah batu nisan yang jugak tegak berdiri kaku entah berapa lama aku pun tak ambil tahu. Berdiri berbaris memenuhi ruang tanah perkuburan islam parit satu Sg Besar, ada yang didirikan batu nisan dari batu, ada yang diperbuat dari kayu sahaja, ada juga cuma sebatang pokok kayu dan ada yang kosong tanpa tanda. Kenapa ada perbezaan hanya yang masih hidup sahaja yang mampu merubahnya. Yang mati peduli apa, yang diharap cuma doa anak2 dan yang selayaknya. amin. eh nun entah dimana mungkin aruah ni..ada buat waqof? serta amalan kebaijikan yang pernah dibuat semasa hidupnya. Alangkah beruntung nya mereka yang sebelum matinya dapat berpeluang dan mampu berbuat amalan kebaikan dan banyak harta waqof seperti menyumbang untuk anak yatim, membina maahad Tahfz, masjid dan apa saja asal fi sabilillah.
Namun...mereka yang dah tertanam atau sudah berada di alam kubur ni.. mana yang tak sempat berbuat kebajikan nak buat macamana. Aduh sesak nafasku..mengalir air mataku. bukan kerana aku khusuk solatku tapi memikirkan kalau aku sudah berada di kubur alias alam barzah..kaki tanganku tak bulih bergerak lagi, kakiku tak bulih melangkah lagi ha. yang jelas kesempatan nak berbuat kebajikan tertutup lah sudah sedangkan umurku sudahpun diberi peluang keangka 60 tahun..masehi tu, kalau hijrah dah jadi 63 tahun hijrah. Rahmat apakah yang ku telah dustakan??? peluang dan ruang serta masa sudah diberi. sedikit pun tidak ada alasan. Di hadapan hakim kecil pun aku sudah tak mampu menjawab inikan pula dihadapan rabbul Jalil. YaAllah ampunkan saya. Hingusku sudah melelih panjang. malu juga aku.
Cepat2 kusiapkan saja solat tahyat ini. ku ikuti setiap patah bacaan solatku dengan makna seqodar mampu. assalamualaikum warohmatullah. Toleh kanan dan kiri selesai tanpa menyapu muka seperti kebiasaan orang sengaja melatih diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan